Selasa, 18 Maret 2014

  MISTERI BARU MENGAPA MH370 BERBALIK ARAH(?)


mas-bendera1xxKEMASKINI 3.30 PETANG AHAD -Tunggu punya tunggu..rupanya pada sidang akhbar pada jam 3 petang tidak ada perkembangan baru mengenai kehilangan MH370.Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman masok ke dalam bilik sidang media hanya memberitahu setakat ini tidak ada benda baru hendak dilaporkan dari operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

Beliau kemudian menjawab beberapa soalan wartawan asing yang terus hendak tahu isu dua penumbang yang guna paspot orang lain yang dilaporkan hilang.Beliau menjelaskan siasatan masih dijalankan keatas hal itu.

Apapun yang yang terus membingungkan ramai pihak ialah kenyataan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud semasa sidang akhbar sebelum ini pada jam 1 tengahari bila mana beliau memberitahu rekod radar tentera menunjukkan pesawat MH370 itu ada membuat 'pusingan balik' yakni patah balik ke Malaysia di udara Laut China Selatan.

Beliau tidak dapat memastikan sejauh mana pesawat B777-200 itu berpatah balik.

Katanya pihaknya sedang merujuk pada radar awam untuk mengesahkan isu pusingan balik itu.

Makin misteri yang jadi tandatanya ialah kenapa pesawat itu hendak berpatah balik ke Malaysia.

Sudah itu,kenapa ia tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan sebelum berbuat demikian.

Mengikut SOP biasa juruterbang wajib memberitahu menara kawal dulu sebelum berbuat demikian.

Sementara itu di sidang akhbar sama,Azharuddin memberitahu jumlah sebenar penumpang yang guna paspot orang lain yang dilapor hilang ialah dua bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Katanya CCTV di KLIA ada merakam pergerakan itu.

Ketua Pengarah DCA itu kata mereka sedang menyiasat rapi hal berkenaan mengunakan rakaman CCTV itu.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pula memberitahu sebanyak 22 pesawat serta 40 kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat yang digunakan ialah milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut membantu ialah pesawat dari negara jiran iaitu Thailand, Singapura dan Amerika Syarikat.

Vietnam pula menjalan operasi di kawasan perairan negara itu.-9/3/2014



11.20 pagi...Hishamuddin sahkan tompokan minyak ditemui di laut Vietnam

KEMASKINI 12 TENGAHARI AHAD - Tandatanya  mengenai tompokan-tompokan minyak yang dilaporkan ditemui oleh pihak berkuasa Vietnam di laut Selatan negara itu terjawab.Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam sidang akhbar jam 11.20 pagi Ahad mengesahkan ia memang ditemui.

Namun katanya tiada sebarang serpihan bangkai pesawat ditemui di kawasan tompokan minyak itu.

Menurutnya pihak Vietnam kini menghantar pesawat dan sebagainya untuk memeriksa bagi memastikan samaada tompokan minyak itu dari pesawat MH370.

Pada sidang media di KLIA yang dihadiri ramai wartawan termasuk luar negara itu,Hishamuddin mengingatkan tumpuan utama sekarang ialah mencari pesawat yang hilang.

mas-pchisham1xx

Beliau menyatakan demikian ekoran pelbagai persoalan sampingan telah dibangkitkan menerusi laporan media ekoran kehilangan pesawat MAS itu sejak 2.40 pagi Sabtu.

Ini khususnya mengenai laporan mengatakan ada empat penumpang mengunakan pasport yang dilapor hilang.

Mengenai hal ini,Hishamuddin memberitahu Malaysia telah meminta kerjasama badan-badan risikan negara-negara lain untuk memeriksa hal berkenaan.

Malah katanya pemeriksaan juga akan dibuat keatas seluruh senarai penumpang pesawat yang hilang itu.

Media dan wartawan asing nampaknya cuba menonjolkan kemungkinan insiden berkenaan ada kaitan dengan aksi pengganas.-9/3/2014- OLEH HELME HANAFI



MH370: Selepas lebih 30 jam berlalu...belum jumpa apa-apa lagi


mas-boardxx



KEMASKINI  9.50 PAGI AHAD
- Penantian yang mendebarkan berterusan.Nampaknya belum ada apa-apa khabar terbaru mengenai pesawat MH370 KLIA-Beijing yang hilang semasa sidang akhbar Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman pagi 9 pagi tadi.
Beliau memberitahu tiada apa ditemui sepanjang usaha mencari dan menyelamat yang dijalankan sepanjang malam tadi.
"Setakat ini tiada apa yang dapat dimaklumkan...tiada apa yang dijumpai oleh pasukan yang berada di perairan sebelah Laut China selatan,"katanya.
Katanya usaha mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini dan usaha itu diperluaskan.
Mengenai laporan penemuan tompokan-tompokan besar minyak di laut Selatan Vietnam,Azharuddin berkata setakat ini ia belum dapat disahkan lagi.- 9/3/2014





8 jam berlalu...kehilangan MH370 masih misteri



KEMASKINI 7 PAGI AHAD - Setiap detik berlalu...keadaan makin membingungkan mengenai misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang dalam penerbangan KLIA-Beijing.
Ketika berita ini ditulis jam 7 pagi Ahad...sudah lebih 28 jam pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu tidak dapat dikesan sejak terputus hubungan pada jam 2.40 pagi Sabtu.
CNN dalam updatenya mengenai insiden ini lewat Sabtu malam mengunakan tajuk ' Expect the worst'.
Semenang itulah yang menjadi jangkaan semua orang.Mana mungkin pesawat sebesar itu boleh ghaib begitu sahaja.
Misteri ini sudah menjadi berita dunia.Perkembangannya terus diikuti oleh media dari seluruh dunia memandangkan ia melibatkan penumpang dari 14 buah negara.
Pelbagai teori kini berlegar mengenai kehilangan MH370 ketika gerakan besar-besaran yang melibatkan agensi pencari dan penyelamat berbagai negara.
Malaysia sendiri sudah menurunkan pasukan besar terdiri dari tentera laut,tentera udara dan agensi maritim (APMM).
Teori yang paling popular ialah pesawat berkenaan terhempas ke dalam Laut China Selatan berdasarkan lokasi terakhir ia berhubung dengan menara kawalan - 120 batu nautika selepas Kota Bharu sebelum masok ke ruangan udara Vietnam.
Operasi pencari dan penyelamat Malaysia sudah bertumpu ke kawasan itu sepanjang Sabtu.Namun ia belum ditemui.
Berikutan ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan kawasan mencari dan menyelamat.

vietnam-mapxx

PULAU THO CU SEKITAR KAWASAN TANDA MERAH

Setakat Sabtu malam indikasi yang dilapor meluas mengenai kemungkinan petanda pesawat itu ialah penemuan kesan tompokan besar minyak di kawasan pantai Selatan Vietnam.
Ia dilapor dikesan oleh pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam.
Tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.
Namun setakat ini pihak berkuasa Vietnam belum lagi memberi sebarang pengesahan rasmi ia kesan tompokan minyak dari bangkai pesawat MH370.-9/3/2014




mas1xc
JAM 7 PETANG SABTU : PM kata belum jumpa apa-apa lagi
KEMASKINI : 7 PETANG - Tiada khabar terbaru mengenai pesawat MAS KLIA-Beijing yang hilang semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adakan  sidang akhbar di KLIA jam 7 petang ini.Beliau yang disertai oleh Timbalan Perdana Menteri tan Sri Muhyiddin Yassin kata setakat ini belum di kesan apa-apa lagi.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan memutuskan untuk memperluaskan kawasan mencari dari kawasan asal yakini di laut 120 batu nautika selepas Kota Bharu  di Laut China Selatan - lokasi kali terakhir pesawat MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berhubung dengan menara kawalan di KLIA.

Pesawat berkenaan membuat perhubungan biasa itu di situ sebelum ia lintas masuk ke ruang udara Vietnam bila mana menara kawalan Ho Chih Minh akan ambilalih.

Misi mencari dan menyelamat dakan diteruskan selagi perlu.

Najib juga meminta jangan buat spekulasi mengenai apa yang berlaku keatas pesawat berkenaan.Ini sebagai menjawab soalan seorang wartawan asing yang bertanya apakah kejadian ini ada kaitan dengan aksi pengganas.

Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri oleh ramai wartawan asing.

Menurut Perdana Menteri terdapat pelbagai teori ketika ini mengenai apa yang mungkin berlaku.Namun semuanya belum ada kepastian.



JAM 6 PETANG : 15 jam berlalu...belum ada khabar apa jadi pada pesawat MAS


KEMASKINI : 6 PETANG
- Kini lebih 15 jam sudah berlalu...belum lagi ada khabar berita mengenai apa terjadi pada pesawat MAS yang putus hubungan pada jam 2.40 pagi ini ketika dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing.Selain pasukan penyelamat Malaysia,pihak Singapura,Vietnam dan China kini turut membantu usaha untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu.

Tumpuan operasi mencari dan menyelamat ialah di Laut China Selatan.

Ini berikutan pesawat itu kali terakhir berhubung dengan menara kawalan ialah 120 batu nautika selepas Kota Bharu.Kawasan berkenaan ialah Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam.

Peliknya juruterbang itu langsung tidak membuat atau menghantar isyarat kecemasan sebelum hilang begitu sahaja.

mas1vxx

Kebiasaan jika berlaku kerosakan teknikal juruterbang akan terus menghantar isyarat 'May Day'.

Andaian yang boleh dibuat ialah apa jua yang berlaku keatas pesawat itu mesti secara mengejut dan tidak diduga.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin yang mengadakan sidang akhbar sekitar 2.30 petang telah menafikan laporan dalam media Vietnam yang mengatakan radar tentera negara itu ada mengesan pesawat MAS itu terhempas di laut 153 kilomiter ke selatan Pulau Phu Quoc di Laut China Selatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengarah segala usaha dijalankan untuk kesan pesawat itu,berada di biliki operasi KLIA sejak jam 4 petang untuk memantau secara langsung perkembangan serta menemui sanak saudara serta keluarga penumpang.



Terakhir pesawat MAS berhubung dengan menara kawalan 120 kilomiter selepas Kota Bharu


KEMASKINI 12 TENGAHARI
- CEO MAS Ahmad Jauhari Yahaya dalam sidang akhbar jam 11.15 pagi ini memberitahu kali terakhir pesawat MAS KLIA-Beijing berhubung dengan menara kawalan ialah di 120 batu nautika selepas Kota Bharu.Kawasan berkenaan ialah Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam.

Menurutnya senarai penumpang ialah seramai 227 manakala anak kapal 12 orang.Semuanya dari 14 negara.Paling ramai ialah warganegara China 152,Malaysia 38,Indonesia 7,India 7,Australia 7,Peranchis 3,Amerika 3,New Zealand 2,Kanada 2,Itali 1,Rusia 1,Austria 1.

Katanya setakat ini belum dapat disahkan laporan konon penawat berkenaan mendarat cemas di Naning,China.

mas2v-ceoxx

Juruterbang pesawat itu tidak berhubung atau dapat dihubungi sejak terputus hubungan jam 2.40 pagi.

Ditanya kenapa pihak MAS lewat membuat sidang akhbar mengumumkan kehilangan pesawat MAS itu,Ahmad Jauhari menjelaskan ini kerana minyak dalam pesawat itu boleh bertahan sehingga 8.30 pagi ini.

Juruterbang pesawat ialah Kapten Zaharie Ahmad Shah yang menyertai MAS sejak 1991.Pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.

Usia pesawat ialah 11 tahun 10 bulan.

Keadaan cuaca waktu itu elok tiada hujan dan ribut.



BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL


map-masxxc

INI PETA DARI SEBUAH PORTAL BERITA CHINA YANG MENUNJUKKAN LOKASI PESAWAT MAS DIPERCAYAI HILANG


map2xx

TWITTER MENGENAI LOKASI DIMANA AGENSI BERITA CHINA,XINHUA DAN MEDIA VIETNAM KATA ADA SIGNAL DARI PESAWAT MAS YANG HILANG






Pesawat MAS KLIA-Beijing hilang...227 penumpang 12 anak kapal
Sehingga berita ini ditulis jam 10 pagi belum diketahui lagi apa terjadi pada pesawat MAS dalam penerbangan KLIA ke Beijing yang terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi tadi.

Pesawat itu dengan nombor penerbangan MH370 berlepas dari KLIA jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi ini.

Ia membawa 227 penumpang.Pesawat berkenaan ialah jenis Boeing777-200

Menara kawalan Hong Kong mengesahkan pesawat MAS itu tidak memasuki ruangan udaranya.

Difahamkan mengikut perkiraan jarak waktu jika dua jam penerbangan (12.41-2.40 pagi)...jarak pesawat itu hilang dipercayai antara KLIA ke ruangan udara Vietnam.

MAS dan pihak berkuasa sedang berusaha mengesan pesawat itu.BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL-8/3/2014.(Agenda daily Helme/Mnt/Int)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar